Struktur Otot & Sistem Otot Rangka..
1. Otot Licin / Vesceral ( Smooth Muscle)
- Otot yang terletak di kesemua organ-organ berongga seperti PERUT , JANTUNG dan saluran darah dan penghadaman .
- Penguncupan Otot licin adalah dikawal oleh sistem saraf autonomikdan biasanya penguncupanbebas tanpa dikawal.Oleh itu ia dikenalisebagai penguncupan involuntari.
- Penguncupannyaboleh dipengaruhi oleh kimia dan juga ransangan saraf.
- Gentian-gentian otot licinbiasanya panjang dan berbentuk gelendung.
- Tiap gentian lazimnya mempunyai hanya satu nukleus sahaja.
Struktur Otot Licin
2.
Otot Kardiak ( Cardiac Muscle )
- Otot yang terletak hanya di jantung sahaja. Otot jantung dibentuuk oleh jalinan gentian -gentian otot berjalur.Ia berbeza dengan otot lain kerana gentian-gentiannya terjalin dan membentuk satu anyaman yang digelar SYNSYTIUM.
- Penguncupan otot ini mengakibatkan darah dialirkan ke seluruh anggota tubuh badan.
- Otot jantung dapat menguncup sendiri tanpa rangsangan luar tetapi dapat diubah oleh bahan kimia dan rangsangan saraf.
- Otot kardiak bersama otot licin membentuk lebih kurang 10% berat badan.
Struktur Otot Kardiak
No comments:
Post a Comment